Qyraiman Spa
Seksyen 7, Shah Alam

Latar Belakang Syarikat

  Butik Kecantikan Qyraiman Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 10 Januari 2011. Butik ini telah beroperasi pada 2 Mei 2011 dan mempunyai 3 orang pekerja di mana 2 orang pekerja berkelulusan Sijil Kemahiran Gaya Rambut dari Institut Kemahiran Belia Negara  manakala seorang lagi mempunyai Sijil Akademik Nu’Della dalam bidang juru terapi kecantikan. Motto syarikat “Kecantikan Anda Keutamaan Kami” dipilih kerana menjaga kecantikan adalah sifat semulajadi seorang wanita dimana ianya sentiasa menjadi tunjang kehidupan dalam diri setiap wanita dari pelbagai peringkat umur. Oleh itu, butik ini akan sentiasa memberikan perkhidmatan yang berkesan dan khidmat nasihat dalam bidang kecantikan bagi memastikan pelanggan butik ini akan sentiasa tampil cantik, sihat dan menawan.

 Butik ini turut menawarkan harga pakej yang menarik kepada pelanggannya. Setiap pelanggan boleh mendapatkan potongan harga menarik untuk rawatan pelangsingan dan perawatan wajah tertakluk kepada masalah yang dihadapi oleh pelanggan tersebut. Butik ini, dibuka dari jam 10 pagi hingga 8 malam setiap hari kecuali hari Isnin (cuti) dan terhad kepada golongan wanita sahaja. Di dalamnya terdapat 5 tempat rawatan ( rawatan muka, badan, sauna, bertangas dan dandanan rambut) serta sebuah bilik jakuzi untuk para pelanggannya. 

Konsep yang diperkenalkan sedikit berbeza daripada pusat spa sedia ada kerana berkonsepkan kemelayuan bersesuaian dengan adat resam  dan budaya Melayu di Negara ini. Tidak terhad itu sahaja, butik ini turut menerapkan ciri-ciri keislaman dalam rawatan kecantikan. Ia antara lain bagi memenuhi keperluan dan hak pelanggan di Negara ini yang kebanyakan beragama Islam.

Berikut adalah antara keratan akhbar berkaitan spa kami:  

Qyraiman Spa Shah Alam Qyraiman Spa Shah Alam Author

About us

Artikel Pilihan

GET IN TOUCH

adv1

Instagram

SUBSCRIBE


Instagram

slider

Artikel Terbaru

Popular Posts